Anda mencari klinik doktor perempuan di Tawau, Sabah?
Ada masalah keputihan wanita? Masalah gatal kemaluan?
Pendarahan Antara Haid? Pendarahan Haid Yang Panjang?
Sakit Semasa @ Selepas Hubungan Kelamin?
Pendarahan Selepas Menopause?
Cecair dari faraj yang tidak normal, banyak @ berbau busuk?
Malu jumpa doktor lelaki?
Ingin Buat Pemeriksaan Pangkal Rahim, Pap Smear & HPV Bersama Doktor Perempuan?
Nur Mediklinik adalah klinik ibu, anak, wanita & keluarga swasta yang terletak di Tawau Sabah. Klinik yang berkonsepkan Mesra Wanita. Doktornya wanita & stafnya semua wanita.
Doktor perempuan yang berpengalaman dalam kesihatan wanita dan perubatan lebih 17 Tahun & suka berkongsi ilmu.
Kami menggunakan peralatan pakai buang untuk pemeriksaan pangkal rahim bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit.
Nur Mediklinik menyediakan perkhidmatan Fast Lane Register melalui panggilan telefon untuk pelanggan berulang bagi mengurangkan masa menunggu.
Kami berusaha untuk melakukan pemeriksaan pangkal rahim secara perlahan-lahan.
Privasi anda akan dijaga sebaik mungkin. Jangan risau.
Pangkal rahim (Serviks) adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran. – MYHEALTH
Kanser Pangkal Rahim (Kanser Serviks) adalah kanser KETIGA tertinggi di kalangan wanita Malaysia.
Pap smear adalah ujian saringan untuk kanser serviks, di mana sel-sel diambil dari serviks dan diperiksa untuk mengesan sebarang keabnormalan. Ia membantu mengesan kanser pada peringkat awal dan mengenal pasti perubahan prakanser, selalunya digabungkan dengan ujian HPV. Prosedur ini cepat, biasanya tidak menyakitkan, dan penting untuk pencegahan serta pengesanan awal.
HPV (Human Papillomavirus) adalah virus yang menjangkiti kulit dan membran mukus, biasanya merebak melalui hubungan seksual. Terdapat lebih 100 jenis HPV; kebanyakannya tidak berbahaya, tetapi beberapa jenis (seperti HPV 16 dan 18) boleh menyebabkan kanser serviks. Kebanyakan jangkitan tidak bergejala dan hilang sendiri. Pencegahan termasuk vaksin HPV, penggunaan kondom, dan pemeriksaan berkala seperti Pap smear.
Setiap wanita yang berumur 30 tahun hingga 65 tahun yang telah membuat hubungan kelamin WAJIB membuat saringan kanser serviks.
Jika umur lebih muda tapi telah berkahwin atau telah melakukan hubungan kelamin juga dinasihatkan untuk membuat saringan kanser serviks atau PAP SMEAR.
Kes- kes ringan seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, kerap kencing, sakit kencing, sakit otot & tulang dan banyak lagi.
Pemeriksaan & rawatan masalah kesihatan wanita seperti keputihan, gatal pada kemaluan, sakit pada kemaluan, bengkak pada kemaluan, masalah haid tidak teratur, sakit ketika hubungan kelamin, pendarahan selepas hubungan kelamin dan banyak lagi turut disediakan. Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita SAHAJA.
Pemeriksaan & rawatan masalah payudara oleh doktor wanita turut disediakan. Contohnya sakit payudara, ketulan pada payudara, kulit kemerahan pada payudara, bengkak payudara dan banyak lagi. Pengambilan sampel ketulan juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama adalah ketulan adalah ketumbuhan bahaya ataupun tidak.
Pemeriksaan , ultrasound scan & rawatan masalah -masalah ibu hamil turut disediakan.
Perkhidmatan rawatan susulan ibu hamil disediakan beserta Buku Pink Ibu Hamil yang menarik dan ultrasound scan yang lebih canggih & jelas.
Ultrasound Scan Hingga 5D sentiasa mengutamakan teknologi perubatan terkini seperti menggunakan mesin ultrasound sehingga scan 5D.
Ujian Kesuburan Pemeriksaan & Siasatan lebih lanjut berkaitan ketidaksuburan dan susah hamil turut disediakan.
Kerap gatal-gatal dan kemerahan? Kenalpasti bahan atau makanan yang mungkin anda alergik melalui Ujian Darah Alergik di Nur Mediklinik.