Anda mencari klinik doktor perempuan di Tawau, Sabah? Ada masalah keputihan wanita? Masalah gatal kemaluan? Masalah sakit ketika hubungan? Malu jumpa doktor lelaki?
Ingin Buat Pemeriksaan Pangkal Rahim, Pap Smear & HPV Bersama Doktor Perempuan?
Nur Mediklinik adalah klinik ibu, anak, wanita & keluarga swasta yang terletak di Tawau Sabah. Klinik yang berkonsepkan Mesra Wanita. Doktornya wanita & stafnya semua wanita.
Doktor perempuan yang berpengalaman dalam kesihatan wanita dan perubatan lebih 17 Tahun & suka berkongsi ilmu.
Kami menggunakan peralatan pakai buang untuk pemeriksaan pangkal rahim bagi mengurangkan risiko penyakit berjangkit.
Nur Mediklinik menyediakan perkhidmatan Fast Lane Register melalui panggilan telefon untuk pelanggan berulang bagi mengurangkan masa menunggu.
Kami berusaha untuk melakukan pemeriksaan pangkal rahim secara perlahan-lahan.
Privasi anda akan dijaga sebaik mungkin. Jangan risau.
Pap smear adalah ujian saringan untuk kanser serviks, di mana sel-sel diambil dari serviks dan diperiksa untuk mengesan sebarang keabnormalan. Ia membantu mengesan kanser pada peringkat awal dan mengenal pasti perubahan prakanser, selalunya digabungkan dengan ujian HPV. Wanita berusia 21–65 tahun disarankan menjalani ujian ini (Jika ada hubungan kelamin). Prosedur ini cepat, biasanya tidak menyakitkan, dan penting untuk pencegahan serta pengesanan awal.
HPV (Human Papillomavirus) adalah virus yang menjangkiti kulit dan membran mukus, biasanya merebak melalui hubungan seksual. Terdapat lebih 100 jenis HPV; kebanyakannya tidak berbahaya, tetapi beberapa jenis (seperti HPV 16 dan 18) boleh menyebabkan kanser serviks. Kebanyakan jangkitan tidak bergejala dan hilang sendiri. Pencegahan termasuk vaksin HPV, penggunaan kondom, dan pemeriksaan berkala seperti Pap smear.
Kes- kes ringan seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, kerap kencing, sakit kencing, sakit otot & tulang dan banyak lagi.
Pemeriksaan & rawatan masalah kesihatan wanita seperti keputihan, gatal pada kemaluan, sakit pada kemaluan, bengkak pada kemaluan, masalah haid tidak teratur, sakit ketika hubungan kelamin, pendarahan selepas hubungan kelamin dan banyak lagi turut disediakan. Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita SAHAJA.
Pemeriksaan & rawatan masalah payudara oleh doktor wanita turut disediakan. Contohnya sakit payudara, ketulan pada payudara, kulit kemerahan pada payudara, bengkak payudara dan banyak lagi. Pengambilan sampel ketulan juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama adalah ketulan adalah ketumbuhan bahaya ataupun tidak.
Pemeriksaan , ultrasound scan & rawatan masalah -masalah ibu hamil turut disediakan.
Perkhidmatan rawatan susulan ibu hamil disediakan beserta Buku Pink Ibu Hamil yang menarik dan ultrasound scan yang lebih canggih & jelas.
Ultrasound Scan Hingga 5D sentiasa mengutamakan teknologi perubatan terkini seperti menggunakan mesin ultrasound sehingga scan 5D.
Ujian Kesuburan Pemeriksaan & Siasatan lebih lanjut berkaitan ketidaksuburan dan susah hamil turut disediakan.
Kerap gatal-gatal dan kemerahan? Kenalpasti bahan atau makanan yang mungkin anda alergik melalui Ujian Darah Alergik di Nur Mediklinik.