Anda mencari klinik scan baby di Tawau yang boleh buat NT Scan & Dating Scan? Klinik scan baby murah di Tawau? NT Scan Tawau Dilakukan oleh Doktor Perempuan? Harga NT Scan Tawau?



Nur Mediklinik menggunakan mesin ultrasound yang lebih canggih, terkini dan jelas.
Doktor perempuan yang berpengalaman dalam kesihatan wanita dan perubatan lebih 17 Tahun & suka berkongsi ilmu.
Nur Mediklinik adalah klinik ibu, anak, wanita & keluarga swasta yang terletak di Tawau Sabah. Klinik yang berkonsepkan Mesra Wanita. Doktornya wanita & stafnya semua wanita.
Ultrasound SCAN merupakan pemeriksaan menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej sebahagian organ dalam badan manusia. Imej yang dihasilkan akan dipaparkan pada skrin yang terdapat pada mesin Ultrasound yang digunakan.
Nuchal Translucency (NT) adalah ukuran ketebalan cecair di belakang leher janin @ bayi.
Nuchal Tanslucency scan (NT scan) adalah salah satu cara mengesan 3 keabnormalan genetik iaitu Downs Syndrome, Edward Syndrome & Patau Syndrome.
Secara teori, janin yang mempunyai keabnormalan genetik akan mempunyai lebihan cecair yang banyak. Julat ketebalan yang dianggap normal adalah kurang dari 3.5mm.
NT Scan hanya sesuai dilakukan dalam tempoh 11 minggu hingga 13 minggu 6 hari kehamilan. Disarankan 13 Minggu Kehamilan sebab jauh lebih jelas.
Jika setiap aspek teknikal dipatuhi dalam scan ini, ukuran Nuchal Translucency boleh memberi ketepatan sehingga 80 – 90%. Jika disertakan dengan Ujian darah NICC Test (NIPT), ketepatan boleh cecah lebih 90%.
Dating scan adalah pemeriksaan ultrasound yang dilakukan pada awal kehamilan, biasanya antara minggu ke-8 hingga minggu ke-14, untuk menentukan usia kehamilan dan anggaran tarikh bersalin. Pemeriksaan ini membantu doktor memastikan usia janin dengan mengukur panjang dari kepala hingga punggung janin (crown-rump length atau CRL).
Selain menentukan usia kehamilan, dating scan juga boleh membantu mengenal pasti:
Boleh Whatsapp atau Call Waktu Operasi Klinik iaitu:
Isnin hingga Ahad
KECUALI Selasa Tutup
9.00am – 1.00pm
2.00pm – 5.30pm