Anda mencari klinik swasta di Tawau yang boleh menjalankan NICC Test atau NIPT Test? Apa itu NICC Test? Apa itu NIPT Test? Berapa harga NICC Test ni?



Nur Mediklinik menggunakan mesin ultrasound yang lebih canggih, terkini dan jelas.
Doktor perempuan yang berpengalaman dalam kesihatan wanita dan perubatan lebih 17 Tahun & suka berkongsi ilmu.
Nur Mediklinik adalah klinik ibu, anak, wanita & keluarga swasta yang terletak di Tawau Sabah. Klinik yang berkonsepkan Mesra Wanita. Doktornya wanita & stafnya semua wanita.
NICC (Non – Invasive Chromosomes Check) Test adalah ujian darah ibu hamil untuk mengenalpasti masalah sindrom pada bayi dalam kandungan seawal 10 Minggu kandungan.
“NICC TEST = Simple, Safe & Highly Accurate Non-Invasive Prenatal Test (NIPT) to screen Down Syndrome and other chromosomal abnormalities as early as 10 weeks of pregnancy”
NICC Test juga umum dipanggil sebagai NIPT Test (Non Invasive Prenatal Testing). Ia adalah genetic testing dalam bayi kandungan melalui ujian darah ibu hamil.
Semasa kehamilan, DNA genetik yang berasal dari bayi melintasi dari aliran darah ibu. DNA inilah yang dianalisis untuk memeriksan kesihatan bayi dan kelainan kromosom pada janin seperti Down syndrome, Edward syndrome & Patau syndrome. Ia boleh dibuat seawal 10 minggu dengan ketepatan sangat tinggi melebihi 99%.
Apa yang lebih menarik adalah, jantina bayi dalam kandungan juga boleh dikenalpasti melalui ujian NICC Test ini iaitu seawal 10 minggu kandungan.
Hanya darah ibu hamil yang akan diambil. Ia merupakan saringan awal untuk mengenalpasti bayi sindrom dalam kandungan. Melalui ujian NICC Test/ NIPT Test ini, ia boleh membantu ibu hamil untuk memutuskan langkah selanjutnya dalam kehamilan.
10 ml darah akan diambil daripada tangan ibu hamil. Spesimen tersebut mengandungi cell-free DNA daripada ibu dan bayi dalam kandungan.
Di Makmal, Cell-free DNA akan diasingkan daripada sampel darah ibu dan DNA tersebut mengandungi kandungan genetik daripda placenta yang menggambarkan susunan genetik janin.
DNA yang diekstrak kemudiannya dianalisis menggunakan Advanced Sequencing Technology untuk memeriksa sebarang keabnormalan kromosom. Analisis ini memberi tumpuan kepada keabnormalan kromosom yang biasa berlaku.
Advanced Computational Technique digunakan untuk menganalisis sequencing data. Analisis ini membantu dalam mengenal pasti sebarang percanggahan dalam bilangan atau struktur kromosom yang mungkin menunjukkan keabnormalan
Berdasarkan analisis bioinformatik, NICC menentukan risiko janin mengalami keabnormalan kromosom. Keputusan biasanya menunjukkan kemungkinan atau risiko janin mengalami kelainan kromosom tertentu
Keputusan NICC akan diterima dalam masa kurang 2 minggu. Doktor akan menerangkan lebih lanjut tentang keputusan NICC Test dan menerangkan prosedur dan langkah seterusnya jika terdapat keabnormalan genetik.

Kes- kes ringan seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, kerap kencing, sakit kencing, sakit otot & tulang dan banyak lagi.

Pemeriksaan & rawatan masalah kesihatan wanita seperti keputihan, gatal pada kemaluan, sakit pada kemaluan, bengkak pada kemaluan, masalah haid tidak teratur, sakit ketika hubungan kelamin, pendarahan selepas hubungan kelamin dan banyak lagi turut disediakan. Pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita SAHAJA.

Pemeriksaan & rawatan masalah payudara oleh doktor wanita turut disediakan. Contohnya sakit payudara, ketulan pada payudara, kulit kemerahan pada payudara, bengkak payudara dan banyak lagi. Pengambilan sampel ketulan juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama adalah ketulan adalah ketumbuhan bahaya ataupun tidak.

Pemeriksaan , ultrasound scan & rawatan masalah -masalah ibu hamil turut disediakan.

Perkhidmatan rawatan susulan ibu hamil disediakan beserta Buku Pink Ibu Hamil yang menarik dan ultrasound scan yang lebih canggih & jelas.

Ultrasound Scan Hingga 5D sentiasa mengutamakan teknologi perubatan terkini seperti menggunakan mesin ultrasound sehingga scan 5D.

Ujian Kesuburan Pemeriksaan & Siasatan lebih lanjut berkaitan ketidaksuburan dan susah hamil turut disediakan.

Kerap gatal-gatal dan kemerahan? Kenalpasti bahan atau makanan yang mungkin anda alergik melalui Ujian Darah Alergik di Nur Mediklinik.